Bab 12 : Kebangkitan

Rasulullah (SAW) bersabda: “(….sehingga panji-panji hitam dikibar dari Timur). Mereka (yang mengibarkan panji-panji hitam) akan menuntut hak mereka tetapi dinafikan, kemudian mereka akan menuntut lagi hak mereka tetapi dinafikan dan mereka akan sekali lagi meuntut hak mereka tetapi tetap dinafikan. Maka itu, mereka akan berperang dan mereka akan diberikan kemenangan. Maka, sesiapa sahaja yang menyedari akan ini dari kamu atau dari keturunan kamu, pergilah kepada Imam dari Ahlul Baitku (a.s), meskipun kamu terpaksa merangkak di atas air batu, kerana mereka adalah panji-panji petunjuk (kebenaran). Mereka akan menyerahkan urusan mereka kepada seorang lelaki dari dari Ahlul Baitku (a.s). Nama beliau (a.s) adalah seumpama nama bapaku, maka beliau (a.s) akan memerintah bumi dan memenuhi bumi ini dengan keadilan; dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelum itu dipenuhi dengan penindasan; dan kezaliman).(25)
Daripada Thawban, dia berkata: Rasulullah (SAW) telah bersabda: “Tiga akan dibunuh dari perbendaharaan kamu, semua mereka adalah anak kepada Khalifah (Penganti) dan ia bukan untuk mereka. Kemudian panji-panji hitam dari Timur akan muncul dan akan memerangi mereka secara yang belum pernah dilakukan manusia sebelumnya.” Kemudian Baginda (SAW) menyebut akan seorang pemuda dan berkata: “Jika kamu melihat dia (pemuda ini), berbaiahlah (berikrar setialah) kepadanya kerana dia adalah Pewaris kepada Imam Al-Mahdi (a.s)”.(26)
Oleh itu, kita dapat lihat di sini bahawa Panji Hitam akan diangkat bersama pemimpinnya, Waris Kepada Imam Al-Mahdi (a.s) iaitu Imam Ahmad Al-Hassan (a.s).
Dan para Imam Ahlul Bait (a.s) telah mengarahkan manusia untuk berbaiah (ikrar setia) kepada beliau (a.s) kerana sesungguhnya misi beliau (a.s) pasti akan berjaya dan beliau (a.s) pasti akan memenuhi bumi ini dengan keadilan, sebagaimana bumi ini dipenuhi dengan kezaliman sebelumnya.
Rujukan:
(25)-Mo’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, Jilid 1, ms.382.
(26)-Bisharat Al-Islam, ms.30.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah