Bab 3 : Panji Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)

image
Panji Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)
“Sesungguhnya kami, Ahlul Bait mempunyai panji, sesiapa yang mendahuluinya telah murtad; dan sesiapa yang membelakanginya akan musnah; dan sesiapa yang mengikutinya telah mengikuti (kami)”, tertulis padanya: “Ketaatan kepada Allah !!”.(8)
Salah satu perkara asas di dalam dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) ialah ketuanan Allah (SWT) yang bermakna Allah (SWT) sahajalah yang berhak memililih dan melantik wakil-Nya di muka bumi; dan manusia tidak berhak melantik pemimpin mereka sendiri.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berucap di dalam Khutbah Haji:
“Aku menyeru kalian untuk mengangkat dan menobatkan ketuanan Allah (SWT) di muka bumi; dan menolak ketuanan manusia. Aku menyeru kalian kepada ketaataan kepada Allah (SWT) dan menolak Syaitan Laknatullah; dan menolak ketaataan kepada sekutu-sekutu Syaitan Laknatullah dari kalangan para ulama sesat. Aku menyeru kalian kepada ketakutan dan ketaqwaaan kepada Allah (SWT); dan mendaulatkan Ketuanan Allah (SWT) di muka bumi; dan menolak segala yang selain darinya tanpa mempedulikan realiti politik Amerika yang mengarahkan.
Aku menyeru kalian untuk menolak kebathilan meskipun ia serasi dengan kehendak dan nafsu kalian. Aku menyeru kalian mengiktiraf Al-Haq (kebenaran) dan mengikuti kebenaran meskipun ia menjejaskan kecukupan duniawi kalian; dan terhadap apa yang manusia di muka bumi ini impikan.
Majulah kepada kepahitan kebenaran kerana ubat yang pahit adalah penawar kepada penyakit yang kronik. Majulah kepada kebenaran yang akan meninggalkan kamu tanpa seorang pun teman. Majulah kepada kebenaran dan cahaya ketikamana kalian tidak mendambakan apa jua pun selain Allah (SWT); dan akhirat; dan menjauhi kenikmatan; dan perhiasan duniawi; dan kegelapannya”.
Sejak permulaan seruan dakwah beliau (a.s), Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) telah menjulang panji beliau (a.s) yang tertulis padanya “Ketaatan Kepada Allah !!” (pada mulanya panji putih dengan tulisan berwarna hijau dan kini panji hitam dengan tulisan berwarna kuning); dan inilah satu-satunya panji yang mempunyai kalimah tersebut di dalam dunia ini.
Rujukan:
(8)-Kitab 250 Tanda, ms.15.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah