Bab 7 : Kematian Raja Abdullah

Ini adalah zaman kemunculan Al-Mahdi kalian. Apa buktinya? Selain dari tanda-tanda akhir zaman yang sering disebutkan, tanda yang paling jelas tanpa sebarang keraguan adalah hadis berikut:
Tentang Hijaz, diriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Akan memerintah seorang lelaki yang mempunyai nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan melihat apa-apa (masalah) di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah, berilah amaran kepada pengikut kami tentang beliau! (Baginda (SAW) mengulangi kalimat ini sampai tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira dengan kematiannya, akan aku sampaikan berita gembira kepada kalian dengan kemunculan Al-Hujjah”.(14)
Sebagaimana yang telah diramalkan dan dinyatakan di dalam hadis di atas, Hijaz (Arab Saudi) sememangnya telah diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama binatang, iaitu Raja Fahd (Fahd bermakna harimau bintang). Mata beliau kelihatan juling dari jauh tetapi normal jika dilihat dari dekat. Setelah kematian Raja Fahd ini, saudaranya Abdullah telah mewarisi takhta sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Nabi (SAW) meskipun adalah jarang sekali seorang raja digantikan oleh saudaranya. Tambahan lagi, mereka ini adalah pengikut ajaran aliran Wahabi dan mereka ini amat memusuhi pengikut Imam Ali (a.s). Hadis di atas adalah suatu keajaiban yang terbukti benar dan melakukan muhasabah ke atasnya adalah sesuatu yang amat penting kepada mereka yang mempunyai akal yang mahu berfikir dengan ikhlas; dan terbuka.
Pada 23 Januari 2015, berita kematian raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz telah disiarkan, maka merealisasikan sebahagian dari hadis di atas. Apa yang berbaki ialah pengumuman “berita gembira oleh Nabi (SAW) akan kezuhuran (kemunculan) Al-Hujjah (Imam Al-Mahdi (a.s))” dan ini juga menjadi realiti malam yang sama di mana 12 orang lelaki telah dibawa bertemu Al-Hujjah, Imam Muhammad Al-Mahdi bin Al-Hassan Al- Askari (a.s).
12 orang lelaki ini adalah satu-satunya kumpulan yang memenuhi janji Nabi (SAW) di dalam hadis dan membawa berita gembira dari waris baginda (SAW) kepada mereka yang mempunyai telinga yang mahu mendengar; dan ianya sendiri adalah bukti yang kukuh terhadap sesiapa jua cuba yang menafikannya. Amat malang, alangkah ramainya manusia yang menolak pemakluman dari 12 orang lelaki ini dan manusia terus menafikan mereka hingga ke hari ini; dan penafian ini juga memenuhi satu lagi ramalan dari hadis yang lain.
Rujukan:
(14)-Miatan wa Khamsun ‘Alamah, ms.122.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam